Saturday 9 January 2010

Sejuk..


Di belakang rumah
Lamanya tak update blog ni...banyak yg back dated..tunggu masa lapang dan ada mood dulu ..:)
Minggu ni cuti sekolah dah berakhir...4 Januari Iqbal dan Irfan dah mula ke sekolah selepas bercuti panjang sempena Krismas. ( 18 Dis-4 Jan )SEronoknya dua- dua beradik ni....dapat jumpa kawan-kawan.

Hari Selasa 5 Jan- predicted to be heavy snow...yeah, it's snow again...paginya selepas bangun tidur wah, dah tebal kat luar..! Iqbal dan Irfan dah pun bersiap2..berjalan kaki ke sekolah..sesetengah tmpt di UK, ada sekolah yang dah ditutup sebab snow tebal.

Snow tengah turun..pukul 8.30 pagi,masih gelap lagi..waktu subuh baru ja habis


Jalan kaki ja ke sekolah..lebih kurang 15 minit

Hari Rabu 6 Jan- snow turun lagi...Iqbal dan Irfan tak ke sekolah. Banyak sekolah yang ditutup hari ni.Tak dapat apa-apa info, kami 'merehatkan' dua-dua beradik ni di rumah..hehe cuti sendiri..susah nak berjalan dalam snow yang tebal, jangkaan kami agaknya sekolah tutup, cikgu pun susah nak ke sekolah.

Berada di negara 4 musim ini kesabaran jelas teruji..terutamanya di musim sejuk begini, kadangkala di bawah paras beku..semoga ia menjadi satu pengalaman berharga dan kenangan yang manis utk dikenang ...dan yang lebih pentingnya moga-moga peluang berada di sini melihat kebesaranMu dan menikmati ciptaanMu menjadikan kami hambaMu yang sentiasa mahu berfikir dan bersyukur...dan moga-moga bertambahlah iman kami...dan juga anak-anak kami..

ngeri pula bila melihat video ini..apabila salji bertukar menjadi ais yang licin..

No comments: