Thursday 14 May 2009

Bungkusan dari 'Malaya'

Alhamdulillah..wah..seronoknya hari ni...parcel yang ditunggu-tunggu akhirnya sampai..panas-panas lagi, pukul 9.40 pagi tadi. Dikirim oleh ayah dan mama dari Butterworth, Pulau Pinang..10 /03/2009 melalui kapal laut..

Terima kasih banyak-banyak...duit tak bayar lagi nih, barang dah sampai dah..hehehe
Awal juga sampai dari jangkaan kami, ingat kan sampai awal bulan Jun.

Nak tengok apa isinya?




Macam-macam ada..yang penting set bersalin Nona Roguy,bengkung dan minyak mustajab..termasuklah belacan hehe dah lama tak buat sambal belacan since belacan dah kehabisan stok nih. Asyik potong cili padi, hiris bawang besar, perah asam limau sikit campur ngan kicap..

Cili kering, rempah kurma Adabi, paste pandan Nona, ikan bilis..( kebanyakan barang-barang ni ada dijual di sini..tapi selalu kehabisan stok..maklumla permintaan tinggi)

Kanak-kanak mesti bergembira balik dari sekolah nanti..setiap kali dapat parcel depa la yang paling excited membongkar isinya. Umi akan susun balik barang elok-elok dalam kotak, konon nak bagi suprise lah..hehehe ..Tak sabar nak tunggu depa balik nih...

Terima kasih jad dan jaddah atas hadiah t-shirt untuk Iqbal dan Irfan ( t-shirt masa berjalan-jalan ke Sabah dulu) dan tak lupa juga buat baby baru yang bakal melihat dunia akhir Jun nanti..
pink lagi..comelnya..! heh

Mother's Day Award

Thank you my friend, Nursuryati atas pemberian award di alam maya nih..hehehe..
Semoga kita semua menjadi ibu yang solehah..buat anak-anak permata hati kita..amin..

Wednesday 13 May 2009

Sukarnya mendidik hati..


Sesekali rasa berserabut jiwa raga..

Sukarnya mendidik hati, mendidik diri..apalagi nak mendidik anak-anak permata hati
Sukarnya mendekatkan diri pada Ilahi..apakah hati sudah keras, berkarat atau sudah mati?

Oh, takut rasanya bila kumemikirkannya..
Apalagi hidup jauh di bumi asing, segalanya penuh cabaran dan rintangan..
Ahh..itu cuma alasan..! hidup di mana-mana pun pasti ada cabarannya..

Wahai diri,
Tabahlah hati,
Teruskan mujahadah diri...dalam mencari cinta Ilahi..
Kenalilah Penciptamu sepenuh hati

Ya Allah, janganlah engkau biarkan kami lalai dalam melaksanakan perintah dan suruhanmu..
Biarlah kecintaan kami padaMu dan kecintaan kami pada RasulMu mengatasi segala keseronokan dunia yang sementara...
Biar tersemat di hati kami, apa jua tindakan dan keputusan yang dilakukan, mati itu sudah pasti dan akhirat jualah yang kekal abadi..
Ya Allah
Berikanlah kami kekuatan dalam mendidik diri dan
mendidik cahaya mata permata hati
Menurut acuan Islam sejati
Menjadi pejuang agamamu dan mendaulatkan Islam walau di mana jua berada

Amin...ya Rabbal A'lamin..

Sunday 10 May 2009

Happy Mother's Day

Ditujukan kepada dua insan mulia dan istimewa di dalam hidupku dan suami :

Selamat Hari Ibu kepada mama di Butterworth, Hajah Aminah Abu Bakar.
dan tidak lupa juga kepada mak di Kodiang, Kedah Hajah Che Nah..

semoga mama dan mak sentiasa sihat dalam perlindungan dan rahmat Allah..
Semoga Allah membalas kebaikan dan kasih sayang mama dan mak dengan syurga yang tinggi nilainya..
Click to play this Smilebox slideshow: Happy Mother's Day
Create your own slideshow - Powered by Smilebox
Make a Smilebox slideshow


Kami sayang mama dan mak...

Di Lapangan Terbang Bayan Lepas, Pulau Pinang ( 2 Feb 2008)

Kenangan di KLIA semasa nak bertolak ke UK. ( 2 Februari 2008 )

Monday 4 May 2009

Sepetang di Lister Park, Bradford

Lister Park, Bradford
Minggu ni cuti bersambung tiga hari..hari Isnin still cuti lagi, cuti sempena May Day.Kat UK ni 1st Mei tak ada pula cuti Hari Pekerja, kerja dan aktiviti berjalan seperti biasa..Paginya hujan turun, agak sejuk juga.Rancangan asal nak bawa kanak-kanak ni bermain-main kat pantai.Tapi cuaca agak mendung..jadi kami keluar selepas solat zohor,bila dah nampak cerah sikit..

Sepanjang perjalanan Iqbal dan Irfan tidur ja...kami ke Adams - Fast Food Supplier dulu, nak beli udang (besar sikit..tapi frozen la),sotong (juga frozen),nugget..murah juga beli kat sini, biasanya yang datang borong kat sini peniaga-peniaga restoran fast food..macam-macam ada kat sini.. addressnya: Thorncliffe Road, Bradford, BD8 7DD

Lepas dah habis membeli barang keperluan kat sini, kami ke Lister Park, Bradford.Tak jauh dari Leeds, dalam 20 minit perjalanan. Happy kanak-kanak ni bermain..walaupun pada mulanya bad mood juga,terpinga-pinga..sebab baru bangun tidur..pastu, semua ceria seperti biasa..hujan renyai-renyai turun..kami redah ja...

Luas dan cantik park ni..tak habis ronda.Kena datang lagi la nampaknya selepas ni..
Irfan seronok mengejar itik...habis bertempiaran lari itik-itik masuk ke tasik.


Hijau alam ciptaan Ilahi

Click to play this Smilebox photobook: Lister Park 4 Mei 2009
Teringin nak naik bot kat belakang tu..hehee dah tutup dah..kena datang awal nanti.sempat ke?

Sunday 3 May 2009

Picnic - Ilkley 3 Mei 2009

Hari Ahad yang cerah dan ceria...syukur, awal pagi selepas Subuh nampak macam baru lepas hujan.Alhamdulillah hujan tak turun..so, dapat la berjalan-jalan..dan seperti biasa paginya kami merancang ke carboot Harrogate bersama keluarga Kak Aziati dan Hizamel.
Bestnya kanak-kanak ni dah lama tak jalan-jalan sama-sama..Banyak juga borong barang-barang kat carboot..jumpa banyak barang baby.Lepas carboot, perut pun dah berkeroncong..seperti yang dirancang kami ke Ilkley untuk menjamu selera di tepi sungai..

Subhanallah.. Pandangan dari atas - Ilkley- Mei 2009

Indahnya alam ciptaan Tuhan, sungai yang belum tercemar...tapi takleh mandi la, sejuuukk...nak masuk kaki dalam air pun takleh..apalagi hari tu agak sejuk dan berangin, walaupun matahari bersinar..Kalau kat Malaysia la, dah lama kanak-kanak ni terjun..ni baru masuk kaki ja dah sejuk terketar-ketar..Menu bersama kami nasi daging, berselera kanak-kanak ni makan ramai-ramai.

Lepas menjamu selera kami ke Middleton Wood pula, terletak berhadapan ja ngan Sungai Ilkley. Bergambar pula kat situ...

Ramai juga mat salih naik ke bukit ni bersiar-siar menikmati alam semulajadi.




Kat sini kawasannya agak berbukit..dipenuhi ngan bunga blue bell,cantik...bunga ni tumbuh liar..Kami ni yang excited bergambar masuk di celah-celah pokok.Habis la pokok tu menyembah bumi.Hehehe..mat salih takda pun, ya lah..tempat sendiri..dah tak heran dah..



Kanak-kanak riang tak sabar nak explore hutan semulajadi yang cantik ni..posing dulu..
Iqbal, Hafiy, Irfan dan Hasya.Sorang lagi takda, Humaira..Kanak-kanak riang berlari-lari..seronok sungguh..

I'm coming.....

Tengok tu..kanak-kanak dah start akt explorace..mendaki dan menuruni bukit
Iqbal sangat enjoy main swing...

Precious moment father and son..

Baba dan Irfan

Saturday 2 May 2009

Santai di musim bunga - University of Leeds

Saja bergambar di sekitar universiti..lepas kanak-kanak ni mengaji Iqra' dan majlis ilmu kaum bapa di Green Room, Leeds Univ kami mengambil kesempatan bergambar di kawasan universiti. Bunga Tulip pun dah kembang sangat.. Petangnya selepas bergambar kami ke Boots, membeli sedikit keperluan baby.




Spring 2009

Cantik tak?
Rasa seronok dan tenang tatkala berada di musim bunga. Agungnya ciptaanMu tiada bandingannya...Anugerah alam penyejuk mata dan menghadirkan ketenangan di jiwa..
Pemandangan di depan rumah

Seminggu sebelum - bunga belum mengembang sepenuhnya

Selepas seminggu- bunga mengembang..cantik sekali..!

Pokok di kawasan rumah..mari nikmati keindahan alam ciptaan Allah

Cherry blossoms

Tu, rumah kami..pintu terbuka hujung sekali di sebelah kiri (bawah)