Thursday 30 April 2009

Cuti Easter

Cuti Easter selama 2 minggu baru saja melabuhkan tirainya...kami tak ke mana-mana, hanya berjalan-jalan di hujung minggu dan membawa Iqbal dan Irfan bermain kat park..seronok dapat main basikal dan bola..

Main kat playground dulu.Nampak jer mcm panas terik, tapi tak sebenarnya...sejuk..






















Untuk tatapan keluarga di Malaysia..

Bermain bola di Hyde Park


Sunday 26 April 2009

One sunny day

Indahnya ciptaan Ilahi
Aktiviti hujung minggu..apabila tiba hari Ahad, jika berkelapangaAdd Imagen kami ke carboot..tidaklah menjadi acara wajib setiap hari Ahad..Saja jalan-jalan..kadang boring juga terperap di rumah, sebagai terapi minda dan hiburan di waktu cuti.. Bukannya beli apa sangat, kanak-kanak ni mainan sorang satu..pastu buku kalau dapat yang murah-murah-colouring ka, reading book atau apa-apa ja lah..pastu hiasan rumah kalau ada yang berkenan.
Antara barang yang dibeli di carboot sales
Minggu ni kami ke Giant Carboot, Doncaster. Jauh perjalanan lebih kurang 45 minit dari Leeds. Sempatla kanak-kanak tidur satu round..hihihi
Carboot mula dibuka dari pukul 6.30 pg hingga 12.30 tengahari, bayaran masuk £1 untuk sebuah kereta. Bayaran masuk berbeza-beza dari satu carboot dengan carboot yang lain.



Minggu ni mood Irfan kurang baik lak, lepas dah dapat mainan ..dah mula menangis nak balik.Letih agaknya, lepas ni kena la bawa stroller..kawasan carboot agak luas dan ramai pula penjual hari tu..cuaca baik dan cerah. Tambahan pula baru baik demam agaknya..terpaksalah baba bawa ke kereta.Umi dan Iqbal terus berjalan....pastu bergilir lak, baba pula berjalan-jalan..

Lepas carboot, seperti biasa singgah picnic kat tasik.On the way back, singgah bergambar jap...nampak pemandangan yang cantik masa perjalanan pergi tadi.Subhanallah..
Singgah bergambar kat ladang orang..hehe tak tau pokok apa, nanti dah tau boleh update..

Irfan tak mau bergambar lak, mood tak baik..

Our family

Wednesday 22 April 2009

Jalan-jalan Newcastle Upon Tyne, Irfan demam lagi..


Sekolah dibuka semula pada hari Isnin, 20 April 2009. Tetapi pada tarikh tersebut kami sekeluarga nak pergi bercuti..terpaksalah mengambil cuti sendiri untuk persekolahan anak-anak..

Nak buat camana, tak dapat nak ubah tarikh dah dari 20 hingga 24 April.Sebabnya?Percutian kali ni selepas mengumpul token dari akhbar The Sun. Kumpul 10 token dan pilih tempat percutian dengan di dalam caravan di seluruh UK. Murah berbanding harga biasa, kalau tanpa token atau potongan harga mau mencapai seratus pound lebih gak.Memang dah pilih tarikh pada waktu cuti sekolah, tapi pihak penganjur tetapkan pula seminggu selepas cuti sekolah.Nasib baik anak-anak baru nursery dan reception ( lebih kurang mcm pra sekolah kat Msia).

Hari Isnin sebelum bertolak pergi jumpa cikgu Iqbal dan Irfan dulu, inform...depa ok ja, asalkan bagitau tak hadir.

Kesian Irfan...demam balik, baru ja minggu lepas baik demam.Kali ni berjangkit dengan Iqbal rasanya..Iqbal demam tak lama, sehari ja..pastu alhamdulillah baik..
Panas sangat badan Irfan, dia tak mau sangat letak tuala lembab kat kepala atau lap badan utnuk turunkan suhu..alhamdulillah makan ubat takda masalah.Pagi sebelum bertolak kami ke Leeds Student Medical Practice dulu, check dan ambik ubat..merah mata Irfan, panas sangat..kami ingat dia sakit mata, tapi dr tak cakap apa-apa dan prescribe ubat sakit mata pun..

Kami bertolak juga ke Whitley Bay dengan harapan Irfan cepat sembuh...kesian anak umi ni..tidur ja dalam kereta.Tak selera nak makan apa-apa..
bersambung selepas ini..bila ada kesempatan utk update

Monday 20 April 2009

Irfan demam..

Irfan kat Green Room, lepas membaca Iqra'.