Friday 6 March 2009

Jalan-jalan hari Sabtu

Pagi ni tak ke kelas Iqra'...mula-mula tunggu Unipol datang hantar temporary fridge..fridge yang ada dah longgar getah kat tepi tu..asyik terkeluar ja..tunggu punya tunggu, kata nak hantar pukul 10 pagi, tengok-tengok pukul 12.30 tengahari baru la sampai..tukar plan, lepas solat zohor baru keluar..

Dalam fridge kosong takda stok bekalan apa2..seronoknya bila baba ajak makan kat luar..ye..takyah masak..hehe
Parked kereta kat universiti, pastu naik free city bus ke city centre..dekat jer..dalam 10 minit

Sampai, kami ke bank dulu..selesaikan satu urusan...
Pastu baru ke Restoran Zam Zam.Restoran Pakistan..yang sudah tentunya menyajikan hidangan ala-ala Pakistan..tp ada gak la ciri-ciri 'Western nya'. Ada gak mat salih bawa anak-anak dia mai makan kat sini..Kanak-kanak ni berselera sungguh makan, Iqbal kalau jumpa burger dah seronok dah..Irfan ada nasi ja, ok jalan...seronoknya kanak-kanak ni, menikmati hidangan...

Di dalam Restoran Zam-Zam



Bersiap sedia untuk menikmati hidangan..





Dah licin dah...

Sama tapi tak serupa..hehee



















Tuesday 3 March 2009

Happy Birthday Hariss Iqbal Abqari !

3rd Mac 2009 , genaplah 5 tahun umur Iqbal...dah besar anak umi dan baba..cepat sungguh masa berlalu. Doa umi semoga anak umi menjadi anak soleh, berjaya di dunia dan akhirat dan mendaulatkan Islam walau di mana saja berada...(banyak lagi doa umi ni, sejak anak umi dalam perut lagi...mudah-mudahan Allah makbulkan, Amin...)

"Ya Allah, kami bersyukur dengan nikmatmu....kurniakanlah kami zuriat yang soleh penyejuk hati kami "

Malamnya rancang nak siapkan awal kek untuk Iqbal, tapi tak jadi pula...at last pagi-pagi lepas Subuh baru umi kelam kabut siapkan kek dan bihun goreng untuk dibawa ke sekolah..Iqbal boleh celebrate dengan cikgu dan kawan-kawan di sekolah ( adik Irfan pun boleh join sama sebab nursery dan reception satu building ja). Umi buat kek coklat moist kukus ja, dan coctail ... (alhamdulillah malamnya search Internet dan jumpa resepi yang jimat masa, kos dan tenaga.. rasanya? kali pertama buat tak dapat rasa, second time buat sebiji lagi untuk celebrate di rumah baru dapat makan..ok kot, sebabnya cepat jer habis...cikgu Iqbal pula minta resepi kek.. ) resepinya ada di sini..


Cadangnya nak masak macam-macam (seri muka lah, karipap, spagetti lah ....hihihi) last-last tidur ja...kita hanya merancang...tak mampu pula rasanya, tak cukup tangan dan tenaga..
(Hari tu saja dah penat masak pagi-pagi, pastu gi hantar kat sekolah kul 10.30 , rehat sekejap menghilangkan lenguh, pukul 11.30 keluar sekali lagi ambik Irfan kat nursery , pastu balik masak lagi kek.., kemas rumah, kul 3.30 Iqbal balik sekolah...masak nasi pula untuk makan malam..lepas tu masak lagi untuk bawa sikit ke majlis ilmu.. bersejarah sungguh hari tu..Alhamdulillah, Allah masih memberi kemampuan... )

Kami celebrate sekeluarga ja..secara sederhana..Balik dari sekolah pukul 3.30 sampai di rumah , Iqbal dah lapar...tak sempat tukar uniform sekolah pun.



Petangnya adik2 undergrad dan uncle md noor berkunjung ke rumah ...malamnya pula kami sekeluarga ke majlis ilmu..malam tu Iqbal tidur lewat, asyik mewarna buku baru hadiah Uncle Md Noor ( thank u Uncle...) Biasala Iqbal, selagi tak puas selagi tu la nak bagi habis kerja dia..tengok gambar ni, sampai nak terlena dah kat tangga....adik Irfan lak dah selamat zzzz....