Thursday, 14 January 2010

Menginsafi diri...


* Copy paste dari blog seorang teman *
Ada seorang ibu yang memiliki 4 orang anak lelaki. Urusan belanja, cucian, makan, kebersihan dan menguruskan rumah dapat ditanganinya dengan baik. Rumah nampak selalu rapi, bersih dan teratur dan suami serta anak-anaknya sangat menghargai pengabdiannya itu.

Cuma ada satu masalah, ibu yg pembersih ini sangat tidak suka kalau karpet di rumahnya kotor. Ia bisa meledak dan marah berpanjangan hanya gara-gara melihat jejak kasut di atas karpet, dan suasana yang tidak enak akan berlarutan seharian. Padahal, dengan 4 anak lelaki di rumah, hal ini tidak lah terlalu menyiksanya.

Atas saranan keluarganya, ia pergi menemui seorang psikologi bernama Dr. Aida, dan menceritakan masalahnya. Setelah mendengarkan cerita ibu tadi dengan penuh perhatian,
Dr. Aida tersenyum & berkata kepada ibu tersebut : "Ibu tutup mata ibu dan bayangkan apa yang akan saya katakan".Ibu itu kemudian menutup matanya.


"Bayangkan rumah ibu yang tersusun rapi dan karpet ibu yang bersih mengembang, tak ternoda, tanpa kotoran, tanpa jejak kasut, bagaimana perasaan ibu?". Sambil menutup mata, senyum ibu itu merekah, mukanya yang murung berubah menjadi ceria. Ia tampak senang dengan bayangan yang dilihatnya.

Dr. Aida meneruskan lagi; "Itu artinya tidak ada seorang pun di rumah ibu. Tak ada suami, tak ada anak-anak, tak terdengar gurau canda dan tawa ceria mereka. Rumah ibu sepi dan kosong tanpa orang-orang yang ibu kasihi". Seketika muka ibu itu berubah keruh, senyumnya langsung menghilang, nafasnya menghembus panjang. Perasaannya tergoncang. Fikirannya terus cemas
membayangkan apa yang tengah terjadi pada suami dan anak-anaknya.


"Sekarang lihat kembali karpet itu, ibu melihat jejak kasut dan kotoran di sana, ertinya suami dan anak-anak ibu ada di rumah, orang-orang yang ibu cintai ada bersama ibu dan kehadiran mereka menghangatkan hati ibu". Ibu itu mula tersenyum, ia merasa senang dengan visualisasi tersebut.

"Sekarang bukalah mata ibu" Ibu itu membuka matanya. "Bagaimana, apakah karpet kotor masih menjadi masalah buat ibu?". Ibu itu tersenyum dan menggelengkan kepalanya. "Aku tahu maksud anda" ujar ibu itu tadi, "Jika kita melihat dengan sudut yang tepat, maka hal yang nampak negatif dapat dilihat secara positif".

Sejak saat itu, ibu tadi tak pernah lagi mengeluh soal karpetnya yang kotor, kerana setiap kali melihat jejak kasut disana, ia tahu, keluarga yg dikasihinya ada di rumah.

Kisah di atas adalah kisah nyata. Dr. Aida adalah seorang psikolog terkenal yang mengilhami Richard Binder & John Adler untuk menciptakan NLP (Neurolinguistic Programming), dan teknik yang dipakainya di atas disebut Reframing, iaitu bagaimana kita 'membingkai ulang' sudut pandang kita sehingga sesuatu yg tadinya negatif dapat menjadi positif, salah satu caranya dengan mengubah sudut pandangnya.

Terdapat beberapa contoh pengubahan sudut pandang :

Saya BERSYUKUR;

1. Untuk isteri yang mengatakan malam ini kita hanya makan mee segera, kerana itu ertinya ia bersamaku bukan dengan orang lain.
2. Untuk suami yang hanya duduk di kerusi malas menonton TV, kerana itu ertinya ia berada di rumah dan bukan di bar, kafe, atau di tempat-tempat lain.
3. Untuk anak-anak yang kuat mengeluh tentang banyak hal, kerana itu ertinya mereka berada di rumah dan tidak jadi anak jalanan.
4. Untuk sampah dan kotoran bekas pesta yang harus saya bersihkan, kerana itu ertinya keluarga kami dikelilingi banyak teman.
5. Untuk pakaian yang mulai sempit, kerana itu ertinya saya cukup makan.
6. Untuk rasa lelah dan penat di penghujung hari,kerana itu ertinya saya masih mampu bekerja keras.
7. Untuk semua kritik yang saya dengar tentang pemerintah,kerana itu ertinya masih ada kebebasan berpendapat.
8. Untuk bunyi alarm kuat jam 5 pagi yang membangunkan saya,kerana itu ertinya saya masih boleh terbangun dan masih hidup

Aktiviti baru ummi

Pagi ni ummi dan Aisara turut sama menghantar abang Iqbal ke sekolah..Irfan pula memang cuti hari ni.sebabnya pada pukul 9 pagi ada satu perjumpaan untuk parents/carers utk anak-anak yang berada di Year 1 hingga Year 4.

Tujuan utama untuk membantu anak-anak dalam pembelajaran seharian..nak sangat ajar dan bantu Iqbal dan Irfan di rumah,moga ia dapat memudahkan proses pembelajaran mereka di sekolah kelak.Nak ajar, tapi kaedah, teknik dan pendekatan yang digunakan di sini sangat berbeza dengan kaedah di Malaysia..apalagi silibus pelajarannya..

Course- Supporting Children Literacy untuk parents / carers ini akan dijalankan secara percuma pada setiap hari Khamis 9.00 pagi hingga 11 pagi - selama 24 minggu.Wah, so interesting....ada gak aktiviti ummi nanti..

Monday, 11 January 2010

Snow here..n everywhere...

Weekend tak tau nak ke mana-mana..hampir seluruh UK diliputi snow dan ais..
Dijangkakan salji akan terus turun lagi untuk beberapa hari akan dtg dan suhu pada waktu malam di seluruh UK berada di bawah paras beku..-ve..

Hari Sabtu selepas solat Asar, kami ke Hyde Park..kena tunggu solat Zohor dan Asar siap-siap dulu..sebab waktu solat yang pendek,zohor pukul 12.15 tengahari..waktu Asar pula pada pukul 1.40 ptg..On the way ke Hyde Park

Park tak jauh dari rumah..kira-kira 20 minit berjalan kaki..tp disebabkan sisa-sisa snow masih lagi ada,perjalanan tersekat-sekat..Irfan yang sememangnya tak berapa tahan sejuk sekejap2 berhenti..check kasut..betulkan glove, tukar ngan glove Ummi...kesianla hai anakku...Irfan yang kesejukan..
Iqbal teringin nak sledging...tp takda sledge..merajuk kesedihan dia tak dibawa ke tempat biasa sledging..kesian dia..
Sampai dah Hyde Park..
Ummi dan Irfan, Iqbal merajuk..takmau bergambar...










Iqbal baru nak enjoy main...semua orang dah nak balik..
Sekejap ja kat Hyde Park...sebelum waktu Asar melabuhkan tirainya..kami balik ke rumah..Maghrib pula kan menyusul seawal jam 4.20 petang../mlm ..dah gelap dah..

Saturday, 9 January 2010

Sejuk..


Di belakang rumah
Lamanya tak update blog ni...banyak yg back dated..tunggu masa lapang dan ada mood dulu ..:)
Minggu ni cuti sekolah dah berakhir...4 Januari Iqbal dan Irfan dah mula ke sekolah selepas bercuti panjang sempena Krismas. ( 18 Dis-4 Jan )SEronoknya dua- dua beradik ni....dapat jumpa kawan-kawan.

Hari Selasa 5 Jan- predicted to be heavy snow...yeah, it's snow again...paginya selepas bangun tidur wah, dah tebal kat luar..! Iqbal dan Irfan dah pun bersiap2..berjalan kaki ke sekolah..sesetengah tmpt di UK, ada sekolah yang dah ditutup sebab snow tebal.

Snow tengah turun..pukul 8.30 pagi,masih gelap lagi..waktu subuh baru ja habis


Jalan kaki ja ke sekolah..lebih kurang 15 minit

Hari Rabu 6 Jan- snow turun lagi...Iqbal dan Irfan tak ke sekolah. Banyak sekolah yang ditutup hari ni.Tak dapat apa-apa info, kami 'merehatkan' dua-dua beradik ni di rumah..hehe cuti sendiri..susah nak berjalan dalam snow yang tebal, jangkaan kami agaknya sekolah tutup, cikgu pun susah nak ke sekolah.

Berada di negara 4 musim ini kesabaran jelas teruji..terutamanya di musim sejuk begini, kadangkala di bawah paras beku..semoga ia menjadi satu pengalaman berharga dan kenangan yang manis utk dikenang ...dan yang lebih pentingnya moga-moga peluang berada di sini melihat kebesaranMu dan menikmati ciptaanMu menjadikan kami hambaMu yang sentiasa mahu berfikir dan bersyukur...dan moga-moga bertambahlah iman kami...dan juga anak-anak kami..

ngeri pula bila melihat video ini..apabila salji bertukar menjadi ais yang licin..

Tuesday, 5 January 2010

Menikmati dinginnya salju..

Jalan-jalan di sekitar kawasan rumah..hari ni anak-anak tak ke sekolah...cuti sendiri..hehe






Tuesday, 11 August 2009

SINAR CAHAYA AYAT KURSI

Dlm sebuah hadis, ada menyebut perihal seekor syaitan yang duduk di atas pintu rumah.Tugasnya ialah untuk menanam keraguan di hati suami terhadap kesetiaan isteri di rumah dan keraguan di hati isteri terhadap kejujuran suami di luar rumah. Sebab itulah Rasulullah tidak akan masuk rumah sehingga Baginda mendengar jawaban salam dari isterinya. Di saat itu syaitan akan lari bersama-sama dengan salam itu.

Hikmat Ayat Al-Kursi mengikut Hadis-hadis:
1) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi bila berbaring di tempat tidurnya, Allah SWT mewakilkan dua orang Malaikat memeliharanya hingga subuh.


2) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir setiap sembahyang Fardhu,dia akan berada dalam lindungan Allah SWT hingga sembahyang yang lain.

3) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir tiap sembahyang,dia akan masuk syurga dan barang siapa membacanya ketika hendak tidur, Allah SWT akan memelihara rumahnya dan rumah-rumah disekitarnya.

4) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir tiap-tiap shalat fardhu,Allah SWT menganugerahkan dia setiap hati orang yang bersyukur, setiap perbuatan orang yang benar, pahala nabi2, serta Allah melimpahkan rahmat padanya.

5) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi sebelum keluar rumahnya, maka Allah SWT mengutuskan 70,000 Malaikat kepadanya - mereka semua memohon keampunan dan mendoakan baginya.

6) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir sembahyang, Allah SWT akan mengendalikan pengambilan rohnya dan dia adalah seperti orang yang berperang bersama Nabi Allah sehingga mati syahid..

7) Barang siapa yang membaca ayat Al-Kursi ketika dalam kesempitan niscaya Allah SWT berkenan memberi pertolongan kepadanya.Dari Abdullah bin 'Amr r.a., Rasulullah S..A..W. bersabda,"Sampaikanlah pesanku biarpun satu ayat...""Utamakan SELAMAT dan SIHAT untuk Dunia-mu, utamakan SHOLAT dan ZAKAT untuk Akhirat-mu"Subhanallah. ..