Wednesday 22 April 2009

Jalan-jalan Newcastle Upon Tyne, Irfan demam lagi..


Sekolah dibuka semula pada hari Isnin, 20 April 2009. Tetapi pada tarikh tersebut kami sekeluarga nak pergi bercuti..terpaksalah mengambil cuti sendiri untuk persekolahan anak-anak..

Nak buat camana, tak dapat nak ubah tarikh dah dari 20 hingga 24 April.Sebabnya?Percutian kali ni selepas mengumpul token dari akhbar The Sun. Kumpul 10 token dan pilih tempat percutian dengan di dalam caravan di seluruh UK. Murah berbanding harga biasa, kalau tanpa token atau potongan harga mau mencapai seratus pound lebih gak.Memang dah pilih tarikh pada waktu cuti sekolah, tapi pihak penganjur tetapkan pula seminggu selepas cuti sekolah.Nasib baik anak-anak baru nursery dan reception ( lebih kurang mcm pra sekolah kat Msia).

Hari Isnin sebelum bertolak pergi jumpa cikgu Iqbal dan Irfan dulu, inform...depa ok ja, asalkan bagitau tak hadir.

Kesian Irfan...demam balik, baru ja minggu lepas baik demam.Kali ni berjangkit dengan Iqbal rasanya..Iqbal demam tak lama, sehari ja..pastu alhamdulillah baik..
Panas sangat badan Irfan, dia tak mau sangat letak tuala lembab kat kepala atau lap badan utnuk turunkan suhu..alhamdulillah makan ubat takda masalah.Pagi sebelum bertolak kami ke Leeds Student Medical Practice dulu, check dan ambik ubat..merah mata Irfan, panas sangat..kami ingat dia sakit mata, tapi dr tak cakap apa-apa dan prescribe ubat sakit mata pun..

Kami bertolak juga ke Whitley Bay dengan harapan Irfan cepat sembuh...kesian anak umi ni..tidur ja dalam kereta.Tak selera nak makan apa-apa..
bersambung selepas ini..bila ada kesempatan utk update

No comments: