Terima kasih banyak-banyak...duit tak bayar lagi nih, barang dah sampai dah..hehehe
Awal juga sampai dari jangkaan kami, ingat kan sampai awal bulan Jun.
Nak tengok apa isinya?

Macam-macam ada..yang penting set bersalin Nona Roguy,bengkung dan minyak mustajab..termasuklah belacan hehe dah lama tak buat sambal belacan since belacan dah kehabisan stok nih. Asyik potong cili padi, hiris bawang besar, perah asam limau sikit campur ngan kicap..
Cili kering, rempah kurma Adabi, paste pandan Nona, ikan bilis..( kebanyakan barang-barang ni ada dijual di sini..tapi selalu kehabisan stok..maklumla permintaan tinggi)
Kanak-kanak mesti bergembira balik dari sekolah nanti..setiap kali dapat parcel depa la yang paling excited membongkar isinya. Umi akan susun balik barang elok-elok dalam kotak, konon nak bagi suprise lah..hehehe ..Tak sabar nak tunggu depa balik nih...
Terima kasih jad dan jaddah atas hadiah t-shirt untuk Iqbal dan Irfan ( t-shirt masa berjalan-jalan ke Sabah dulu) dan tak lupa juga buat baby baru yang bakal melihat dunia akhir Jun nanti..
pink lagi..comelnya..! heh



Luas dan cantik park ni..tak habis ronda.Kena datang lagi la nampaknya selepas ni..
Irfan seronok mengejar itik...habis bertempiaran lari itik-itik masuk ke tasik.
Hijau alam ciptaan Ilahi

Teringin nak naik bot kat belakang tu..hehee dah tutup dah..kena datang awal nanti.sempat ke?
Hari Ahad yang cerah dan ceria...syukur, awal pagi selepas Subuh nampak macam baru lepas hujan.Alhamdulillah hujan tak turun..so, dapat la berjalan-jalan..dan seperti biasa paginya kami merancang ke carboot Harrogate bersama keluarga Kak Aziati dan Hizamel.
Subhanallah.. Pandangan dari atas - Ilkley- Mei 2009

Kanak-kanak riang berlari-lari..seronok sungguh..
I'm coming.....
Iqbal sangat enjoy main swing...
Precious moment father and son..
Baba dan Irfan






Pemandangan di depan rumah
Seminggu sebelum - bunga belum mengembang sepenuhnya
Selepas seminggu- bunga mengembang..cantik sekali..!

Tu, rumah kami..pintu terbuka hujung sekali di sebelah kiri (bawah)
Leeds Time
Kuala Lumpur Time