Sunday 3 May 2009

Picnic - Ilkley 3 Mei 2009

Hari Ahad yang cerah dan ceria...syukur, awal pagi selepas Subuh nampak macam baru lepas hujan.Alhamdulillah hujan tak turun..so, dapat la berjalan-jalan..dan seperti biasa paginya kami merancang ke carboot Harrogate bersama keluarga Kak Aziati dan Hizamel.
Bestnya kanak-kanak ni dah lama tak jalan-jalan sama-sama..Banyak juga borong barang-barang kat carboot..jumpa banyak barang baby.Lepas carboot, perut pun dah berkeroncong..seperti yang dirancang kami ke Ilkley untuk menjamu selera di tepi sungai..

Subhanallah.. Pandangan dari atas - Ilkley- Mei 2009

Indahnya alam ciptaan Tuhan, sungai yang belum tercemar...tapi takleh mandi la, sejuuukk...nak masuk kaki dalam air pun takleh..apalagi hari tu agak sejuk dan berangin, walaupun matahari bersinar..Kalau kat Malaysia la, dah lama kanak-kanak ni terjun..ni baru masuk kaki ja dah sejuk terketar-ketar..Menu bersama kami nasi daging, berselera kanak-kanak ni makan ramai-ramai.

Lepas menjamu selera kami ke Middleton Wood pula, terletak berhadapan ja ngan Sungai Ilkley. Bergambar pula kat situ...

Ramai juga mat salih naik ke bukit ni bersiar-siar menikmati alam semulajadi.




Kat sini kawasannya agak berbukit..dipenuhi ngan bunga blue bell,cantik...bunga ni tumbuh liar..Kami ni yang excited bergambar masuk di celah-celah pokok.Habis la pokok tu menyembah bumi.Hehehe..mat salih takda pun, ya lah..tempat sendiri..dah tak heran dah..



Kanak-kanak riang tak sabar nak explore hutan semulajadi yang cantik ni..posing dulu..
Iqbal, Hafiy, Irfan dan Hasya.Sorang lagi takda, Humaira..Kanak-kanak riang berlari-lari..seronok sungguh..

I'm coming.....

Tengok tu..kanak-kanak dah start akt explorace..mendaki dan menuruni bukit
Iqbal sangat enjoy main swing...

Precious moment father and son..

Baba dan Irfan

No comments: