Thursday, 14 January 2010

Aktiviti baru ummi

Pagi ni ummi dan Aisara turut sama menghantar abang Iqbal ke sekolah..Irfan pula memang cuti hari ni.sebabnya pada pukul 9 pagi ada satu perjumpaan untuk parents/carers utk anak-anak yang berada di Year 1 hingga Year 4.

Tujuan utama untuk membantu anak-anak dalam pembelajaran seharian..nak sangat ajar dan bantu Iqbal dan Irfan di rumah,moga ia dapat memudahkan proses pembelajaran mereka di sekolah kelak.Nak ajar, tapi kaedah, teknik dan pendekatan yang digunakan di sini sangat berbeza dengan kaedah di Malaysia..apalagi silibus pelajarannya..

Course- Supporting Children Literacy untuk parents / carers ini akan dijalankan secara percuma pada setiap hari Khamis 9.00 pagi hingga 11 pagi - selama 24 minggu.Wah, so interesting....ada gak aktiviti ummi nanti..

Monday, 11 January 2010

Snow here..n everywhere...

Weekend tak tau nak ke mana-mana..hampir seluruh UK diliputi snow dan ais..
Dijangkakan salji akan terus turun lagi untuk beberapa hari akan dtg dan suhu pada waktu malam di seluruh UK berada di bawah paras beku..-ve..

Hari Sabtu selepas solat Asar, kami ke Hyde Park..kena tunggu solat Zohor dan Asar siap-siap dulu..sebab waktu solat yang pendek,zohor pukul 12.15 tengahari..waktu Asar pula pada pukul 1.40 ptg..On the way ke Hyde Park

Park tak jauh dari rumah..kira-kira 20 minit berjalan kaki..tp disebabkan sisa-sisa snow masih lagi ada,perjalanan tersekat-sekat..Irfan yang sememangnya tak berapa tahan sejuk sekejap2 berhenti..check kasut..betulkan glove, tukar ngan glove Ummi...kesianla hai anakku...Irfan yang kesejukan..
Iqbal teringin nak sledging...tp takda sledge..merajuk kesedihan dia tak dibawa ke tempat biasa sledging..kesian dia..
Sampai dah Hyde Park..
Ummi dan Irfan, Iqbal merajuk..takmau bergambar...










Iqbal baru nak enjoy main...semua orang dah nak balik..
Sekejap ja kat Hyde Park...sebelum waktu Asar melabuhkan tirainya..kami balik ke rumah..Maghrib pula kan menyusul seawal jam 4.20 petang../mlm ..dah gelap dah..

Saturday, 9 January 2010

Sejuk..


Di belakang rumah
Lamanya tak update blog ni...banyak yg back dated..tunggu masa lapang dan ada mood dulu ..:)
Minggu ni cuti sekolah dah berakhir...4 Januari Iqbal dan Irfan dah mula ke sekolah selepas bercuti panjang sempena Krismas. ( 18 Dis-4 Jan )SEronoknya dua- dua beradik ni....dapat jumpa kawan-kawan.

Hari Selasa 5 Jan- predicted to be heavy snow...yeah, it's snow again...paginya selepas bangun tidur wah, dah tebal kat luar..! Iqbal dan Irfan dah pun bersiap2..berjalan kaki ke sekolah..sesetengah tmpt di UK, ada sekolah yang dah ditutup sebab snow tebal.

Snow tengah turun..pukul 8.30 pagi,masih gelap lagi..waktu subuh baru ja habis


Jalan kaki ja ke sekolah..lebih kurang 15 minit

Hari Rabu 6 Jan- snow turun lagi...Iqbal dan Irfan tak ke sekolah. Banyak sekolah yang ditutup hari ni.Tak dapat apa-apa info, kami 'merehatkan' dua-dua beradik ni di rumah..hehe cuti sendiri..susah nak berjalan dalam snow yang tebal, jangkaan kami agaknya sekolah tutup, cikgu pun susah nak ke sekolah.

Berada di negara 4 musim ini kesabaran jelas teruji..terutamanya di musim sejuk begini, kadangkala di bawah paras beku..semoga ia menjadi satu pengalaman berharga dan kenangan yang manis utk dikenang ...dan yang lebih pentingnya moga-moga peluang berada di sini melihat kebesaranMu dan menikmati ciptaanMu menjadikan kami hambaMu yang sentiasa mahu berfikir dan bersyukur...dan moga-moga bertambahlah iman kami...dan juga anak-anak kami..

ngeri pula bila melihat video ini..apabila salji bertukar menjadi ais yang licin..

Tuesday, 5 January 2010

Menikmati dinginnya salju..

Jalan-jalan di sekitar kawasan rumah..hari ni anak-anak tak ke sekolah...cuti sendiri..hehe






Tuesday, 11 August 2009

SINAR CAHAYA AYAT KURSI

Dlm sebuah hadis, ada menyebut perihal seekor syaitan yang duduk di atas pintu rumah.Tugasnya ialah untuk menanam keraguan di hati suami terhadap kesetiaan isteri di rumah dan keraguan di hati isteri terhadap kejujuran suami di luar rumah. Sebab itulah Rasulullah tidak akan masuk rumah sehingga Baginda mendengar jawaban salam dari isterinya. Di saat itu syaitan akan lari bersama-sama dengan salam itu.

Hikmat Ayat Al-Kursi mengikut Hadis-hadis:
1) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi bila berbaring di tempat tidurnya, Allah SWT mewakilkan dua orang Malaikat memeliharanya hingga subuh.


2) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir setiap sembahyang Fardhu,dia akan berada dalam lindungan Allah SWT hingga sembahyang yang lain.

3) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir tiap sembahyang,dia akan masuk syurga dan barang siapa membacanya ketika hendak tidur, Allah SWT akan memelihara rumahnya dan rumah-rumah disekitarnya.

4) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir tiap-tiap shalat fardhu,Allah SWT menganugerahkan dia setiap hati orang yang bersyukur, setiap perbuatan orang yang benar, pahala nabi2, serta Allah melimpahkan rahmat padanya.

5) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi sebelum keluar rumahnya, maka Allah SWT mengutuskan 70,000 Malaikat kepadanya - mereka semua memohon keampunan dan mendoakan baginya.

6) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir sembahyang, Allah SWT akan mengendalikan pengambilan rohnya dan dia adalah seperti orang yang berperang bersama Nabi Allah sehingga mati syahid..

7) Barang siapa yang membaca ayat Al-Kursi ketika dalam kesempitan niscaya Allah SWT berkenan memberi pertolongan kepadanya.Dari Abdullah bin 'Amr r.a., Rasulullah S..A..W. bersabda,"Sampaikanlah pesanku biarpun satu ayat...""Utamakan SELAMAT dan SIHAT untuk Dunia-mu, utamakan SHOLAT dan ZAKAT untuk Akhirat-mu"Subhanallah. ..

Monday, 10 August 2009

Berpantang di bumi asing

Hari ni genap 41 hari berpantang...dari sehari ke sehari terasa cepat masa berlalu. Tinggal 3 hari lagi untuk kembali ke rutin harian..kembali ke 'ofis' rasmi hehehe...
Mengimbas kembali dua minggu awal berpantang.. alhamdulillah di sini ramai jiran-jiran yang prihatin lagi baik hati menyediakan juadah untuk berpantang dan juga untuk keluarga. Jasa baik rakan-rakan yang dah dianggap seperti keluarga sendiri amatlah dihargai, hanya Allah jualah yang dapat membalasnya...apatahlagi apabila berada berjauhan dari keluarga tercinta..
Selepas dua minggu suami tercinta pula mengambil alih menyediakan hidangan...kesian rasanya melihat kesungguhannya..Begitulah rutin setiap hari, bangun di awal pagi memasak untuk hidangan di pagi hari seterusnya tengahari..melayani karenah anak-anak, kemudian bersiap-siap pula ke universiti...Terima kasih abang, semoga segala kebaikan dan pengorbananmu diberkatiNya dan dipermudahkan segala urusan untuk mencapai cita-cita..InsyaAllah..
I will always love you..Semoga kasih sayang kita bertambah kukuh dan erat sehingga hujung usia dan berpanjangan hingga ke akhirat sana..