Saturday, 27 June 2009

Jalan-jalan Castleford, Junction 32

Dah sampai dah...
Hampir seminggu berlalu, hari ni dah melebihi 4 hari dari EDD..
Dah tak larat menunggu di rumah hehehe..apalagi, paginya selepas bersarapan baba ajak ke Junction 32 Village Outlet, Castleford. Jauhnya kira-kira 30 minit dari rumah.Hajat di hati nak beli periuk nasi Tefal 4 in 1, sambil jalan-jalan cuci mata...window shopping :)
Iqbal yang baru bangun tidur, mood takda lagi...Irfan kat atas stroller tu.

Sampai kat outlet, kami terus menuju ke Tefal Outlet. Hampa sekali, stoknya ada tapi tak pula dijual dengan alasan yang tidak munasabah.. Stok yang lama berwarna putih , maybe dia nak habiskan dulu stok tersebut kot.. Takpa, tak lari Tefal dikejar , nanti ada sales datang lagi...apalagi, kanak-kanak seperti biasa menghabiskan masa di playground.Mainlah sepuas-puasnya sayang.....







Wednesday, 24 June 2009

Exercise, exercise lagi...

Hari ni dah EDD..segalanya terserah pada Allah..debar kian terasa. Imbas kembali sejarah kelahiran terdahulu -
- Iqbal lahir tepat pada EDD 3 .03.2004
- Irfan lahir seminggu awal dari EDD - 24.09.2005
- Baby ketiga ? Only Allah knows....

Hari ni juga ada appoinment terakhir dgn midwife.Alhamdulillah, semuanya dalam keadaan baik, baby moved very well..n the midwife said he/she is so happy being inside the tummy..cuma kedudukan baby masih belum engaged lagi..maknanya, lambat lagi la nak keluar tu....we just wait n see, berusaha, berdoa dan bertawakal.

Apa yang bakal berlaku jika dah melebihi EDD?
Di UK dua pilihan diberi untuk ibu-ibu yang mengalami kes sebegini :
1. Jika melebihi 7 hari dari EDD - Midwife akan menjalankan 'membran swap' untuk mempercepatkan kelahiran, dalam masa 48 jam ibu akan mengalami 'show' atau tanda-tanda kelahiran.

2. Ibu diberi tempoh menunggu, selama 13 hari iaitu bermula dari tarikh EDD. Jika tidak juga bersalin dalam tempoh tersebut, induce akan dijalankan kepada ibu..

Harap-harapnya biarlah bersalin secara normal..tanpa membran swap atau induce.Allah mengetahui yang terbaik untuk hambaNya..Kami teruskan juga usaha, banyakkan berjalan untuk mempercepatkan proses kelahiran. Sebelah pagi menghantar Iqbal dan Irfan ke sekolah, kemudian kami berdua ke park berdekatan..sempatla pusing satu round Hyde Park sebelum mengambil Irfan balik dari sekolah pada pukul 11.45 pagi.

Ada harinya ke park setelah Irfan balik dari sekolah.Dapatlah dia berbasikal dengan gembiranya...sebelah petang ingat nak teruskan juga exercise selepas Iqbal balik dari sekolah.Namun kadangkala tidak mengizinkan, hujan..Iqbal atau Irfan tertidur dan umi juga dah terbaring keletihan...zzzz hehe

Thursday, 14 May 2009

Bungkusan dari 'Malaya'

Alhamdulillah..wah..seronoknya hari ni...parcel yang ditunggu-tunggu akhirnya sampai..panas-panas lagi, pukul 9.40 pagi tadi. Dikirim oleh ayah dan mama dari Butterworth, Pulau Pinang..10 /03/2009 melalui kapal laut..

Terima kasih banyak-banyak...duit tak bayar lagi nih, barang dah sampai dah..hehehe
Awal juga sampai dari jangkaan kami, ingat kan sampai awal bulan Jun.

Nak tengok apa isinya?




Macam-macam ada..yang penting set bersalin Nona Roguy,bengkung dan minyak mustajab..termasuklah belacan hehe dah lama tak buat sambal belacan since belacan dah kehabisan stok nih. Asyik potong cili padi, hiris bawang besar, perah asam limau sikit campur ngan kicap..

Cili kering, rempah kurma Adabi, paste pandan Nona, ikan bilis..( kebanyakan barang-barang ni ada dijual di sini..tapi selalu kehabisan stok..maklumla permintaan tinggi)

Kanak-kanak mesti bergembira balik dari sekolah nanti..setiap kali dapat parcel depa la yang paling excited membongkar isinya. Umi akan susun balik barang elok-elok dalam kotak, konon nak bagi suprise lah..hehehe ..Tak sabar nak tunggu depa balik nih...

Terima kasih jad dan jaddah atas hadiah t-shirt untuk Iqbal dan Irfan ( t-shirt masa berjalan-jalan ke Sabah dulu) dan tak lupa juga buat baby baru yang bakal melihat dunia akhir Jun nanti..
pink lagi..comelnya..! heh

Mother's Day Award

Thank you my friend, Nursuryati atas pemberian award di alam maya nih..hehehe..
Semoga kita semua menjadi ibu yang solehah..buat anak-anak permata hati kita..amin..

Wednesday, 13 May 2009

Sukarnya mendidik hati..


Sesekali rasa berserabut jiwa raga..

Sukarnya mendidik hati, mendidik diri..apalagi nak mendidik anak-anak permata hati
Sukarnya mendekatkan diri pada Ilahi..apakah hati sudah keras, berkarat atau sudah mati?

Oh, takut rasanya bila kumemikirkannya..
Apalagi hidup jauh di bumi asing, segalanya penuh cabaran dan rintangan..
Ahh..itu cuma alasan..! hidup di mana-mana pun pasti ada cabarannya..

Wahai diri,
Tabahlah hati,
Teruskan mujahadah diri...dalam mencari cinta Ilahi..
Kenalilah Penciptamu sepenuh hati

Ya Allah, janganlah engkau biarkan kami lalai dalam melaksanakan perintah dan suruhanmu..
Biarlah kecintaan kami padaMu dan kecintaan kami pada RasulMu mengatasi segala keseronokan dunia yang sementara...
Biar tersemat di hati kami, apa jua tindakan dan keputusan yang dilakukan, mati itu sudah pasti dan akhirat jualah yang kekal abadi..
Ya Allah
Berikanlah kami kekuatan dalam mendidik diri dan
mendidik cahaya mata permata hati
Menurut acuan Islam sejati
Menjadi pejuang agamamu dan mendaulatkan Islam walau di mana jua berada

Amin...ya Rabbal A'lamin..

Sunday, 10 May 2009

Happy Mother's Day

Ditujukan kepada dua insan mulia dan istimewa di dalam hidupku dan suami :

Selamat Hari Ibu kepada mama di Butterworth, Hajah Aminah Abu Bakar.
dan tidak lupa juga kepada mak di Kodiang, Kedah Hajah Che Nah..

semoga mama dan mak sentiasa sihat dalam perlindungan dan rahmat Allah..
Semoga Allah membalas kebaikan dan kasih sayang mama dan mak dengan syurga yang tinggi nilainya..
Click to play this Smilebox slideshow: Happy Mother's Day
Create your own slideshow - Powered by Smilebox
Make a Smilebox slideshow


Kami sayang mama dan mak...

Di Lapangan Terbang Bayan Lepas, Pulau Pinang ( 2 Feb 2008)

Kenangan di KLIA semasa nak bertolak ke UK. ( 2 Februari 2008 )