Friday, 6 March 2009

Jalan-jalan hari Sabtu

Pagi ni tak ke kelas Iqra'...mula-mula tunggu Unipol datang hantar temporary fridge..fridge yang ada dah longgar getah kat tepi tu..asyik terkeluar ja..tunggu punya tunggu, kata nak hantar pukul 10 pagi, tengok-tengok pukul 12.30 tengahari baru la sampai..tukar plan, lepas solat zohor baru keluar..

Dalam fridge kosong takda stok bekalan apa2..seronoknya bila baba ajak makan kat luar..ye..takyah masak..hehe
Parked kereta kat universiti, pastu naik free city bus ke city centre..dekat jer..dalam 10 minit

Sampai, kami ke bank dulu..selesaikan satu urusan...
Pastu baru ke Restoran Zam Zam.Restoran Pakistan..yang sudah tentunya menyajikan hidangan ala-ala Pakistan..tp ada gak la ciri-ciri 'Western nya'. Ada gak mat salih bawa anak-anak dia mai makan kat sini..Kanak-kanak ni berselera sungguh makan, Iqbal kalau jumpa burger dah seronok dah..Irfan ada nasi ja, ok jalan...seronoknya kanak-kanak ni, menikmati hidangan...

Di dalam Restoran Zam-Zam



Bersiap sedia untuk menikmati hidangan..





Dah licin dah...

Sama tapi tak serupa..hehee



















Tuesday, 3 March 2009

Happy Birthday Hariss Iqbal Abqari !

3rd Mac 2009 , genaplah 5 tahun umur Iqbal...dah besar anak umi dan baba..cepat sungguh masa berlalu. Doa umi semoga anak umi menjadi anak soleh, berjaya di dunia dan akhirat dan mendaulatkan Islam walau di mana saja berada...(banyak lagi doa umi ni, sejak anak umi dalam perut lagi...mudah-mudahan Allah makbulkan, Amin...)

"Ya Allah, kami bersyukur dengan nikmatmu....kurniakanlah kami zuriat yang soleh penyejuk hati kami "

Malamnya rancang nak siapkan awal kek untuk Iqbal, tapi tak jadi pula...at last pagi-pagi lepas Subuh baru umi kelam kabut siapkan kek dan bihun goreng untuk dibawa ke sekolah..Iqbal boleh celebrate dengan cikgu dan kawan-kawan di sekolah ( adik Irfan pun boleh join sama sebab nursery dan reception satu building ja). Umi buat kek coklat moist kukus ja, dan coctail ... (alhamdulillah malamnya search Internet dan jumpa resepi yang jimat masa, kos dan tenaga.. rasanya? kali pertama buat tak dapat rasa, second time buat sebiji lagi untuk celebrate di rumah baru dapat makan..ok kot, sebabnya cepat jer habis...cikgu Iqbal pula minta resepi kek.. ) resepinya ada di sini..


Cadangnya nak masak macam-macam (seri muka lah, karipap, spagetti lah ....hihihi) last-last tidur ja...kita hanya merancang...tak mampu pula rasanya, tak cukup tangan dan tenaga..
(Hari tu saja dah penat masak pagi-pagi, pastu gi hantar kat sekolah kul 10.30 , rehat sekejap menghilangkan lenguh, pukul 11.30 keluar sekali lagi ambik Irfan kat nursery , pastu balik masak lagi kek.., kemas rumah, kul 3.30 Iqbal balik sekolah...masak nasi pula untuk makan malam..lepas tu masak lagi untuk bawa sikit ke majlis ilmu.. bersejarah sungguh hari tu..Alhamdulillah, Allah masih memberi kemampuan... )

Kami celebrate sekeluarga ja..secara sederhana..Balik dari sekolah pukul 3.30 sampai di rumah , Iqbal dah lapar...tak sempat tukar uniform sekolah pun.



Petangnya adik2 undergrad dan uncle md noor berkunjung ke rumah ...malamnya pula kami sekeluarga ke majlis ilmu..malam tu Iqbal tidur lewat, asyik mewarna buku baru hadiah Uncle Md Noor ( thank u Uncle...) Biasala Iqbal, selagi tak puas selagi tu la nak bagi habis kerja dia..tengok gambar ni, sampai nak terlena dah kat tangga....adik Irfan lak dah selamat zzzz....

Sunday, 15 February 2009

Tetamu dari Manchester

Hari Ahad tiba lagi....hari ni kami stay kat rumah jer..tunggu tetamu dari Manchester..thanks Uncle Azham/Auntie Fadzillah dari Manchester dan Uncle Md Noor yang sudi berkunjung ke rumah..

Saturday, 14 February 2009

Spring break holidays..

Yeaay.........sekolah bercuti seminggu.bestnya , takyah kelam-kabut pagi-pagi..hehehe..bukan anak-anak ja yang seronok, umi pun seronok juga bila tiba cuti sekolah...bolehla main puas-puas ngan anak-anak umi..( mana taknya kalau hari biasa suntuk sikit masa..terutama Iqbal..keluar sekolah pukul 3.15 , sampai ke rumah 3.30 petang...balik dah letih dan ngantuk, campur lapar....makan, pastu rehat-rehat tengok tv, main game komputer, baca Iqra'- part ni la kena timing betul-betul..uiii bukan senang...kadang ada mood tak mau baca, dah ngantuk..kalau nak baca tu, seribu rahmat Alhamdulillah...Irfan dulu tak berapa mau baca, sekarang dah nak...kadang umi leka, tengok dah dekat time tidur..terbabas lagi nak baca Iqra'...dah ngantuk awal...tak dan nak main ngan depa..)

Kami di rumah saja cuti sekolah ni...baba sibuk dengan preparation untuk 'transfer'..(semoga berjaya dan dipermudahkan Allah...amin..)

Pagi -Sebelum keluar ke univ.
Tarikh Baba 'transfer' : 24 Februari 2009 ( Rabu) lega tengok baba dah dapat rehat sikit..kalau tak, nampak sibuk dan stress jer... insyaAllah didoakan semoga berjaya...

Hari Khamis...baba cuti..yea.....anak-anak juga melonjak gembira, tanya mereka " baba tak pi universiti hari ni ? baba cuti ka?" Rancang kami nak bawa anak-anak ke park...sambil berkelah...kami ke Kirkstall Abbey saja, dekat....bawa nasi dan ikan mackerel bakar, tidak dilupa air asam..hehe ( malangnya umi tertinggal pula nasi kat rumah..terpaksalah baba patah balik , nasib baik dekat jer...umi dan anak-anak stay kat park main kat playground, bawa basikal.. )

'Happy' nya anak-anak bila sesekali keluar.......enjoy main berdua..

Kami singgah solat maghrib berjemaah kat Leeds Grand Mosque ..(Alhamdulillah , setelah setahun di perantauan..akhirnya hari ni dapat dengar azan live dari masjid , speaker tak dipasang kuat..dengar kat dalam masjid saja..) Seronok kanak-kanak di masjid, moga memberi pendedahan awal agar mencintai rumahMu Ya Allah...

Picnic lagi
Hari Sabtu, mula nak kelas Iqra'....tapi rasa nak juga bawa anak-anak berjalan-jalan ke mana-mana...at last pegi Kirstall Abbey..tapi kali ni picnic kat sebelah sungai..best juga, walau dalam kesejukan dalam suasana windy..(melayang habis pinggan dan tupperware plastik..hihihi )






Kami menjamu selera sambil menikmati kebesaran alam ciptaan Allah...Iqbal dan Irfan main bola, tapi yang paling enjoy Irfan...Iqbal tak mau main sangat...dia siap bawa pen dan kad..dok sibuk menulis kat tepi sungai..hehehe..macam-macam anak-anak ni...















Friday, 13 February 2009

Iqbal's new skill

Kelmarin snow turun lagi..but a just a tiny....11/2/2009

Gi ambil Irfan masa snow tengah turun..sejuknya sampai ke tulang...


Petangnya..Iqbal balik sekolah, lepas dah main game, menonton tv..dan baca Iqra' (alhamdulillah, semalam nak juga baca banyak baris...dan takyah tinggi2 kan suara suruh dia baca lagi..hopefully berterusan begitu..amin) umi minta dia menulis nama ahli keluarga...so suprised ! he can wrote almost our families names correctly....nama umi dia spell as Armi (acceptable lah tu..lepas ni baru bagitau spelling sebenar) , nama baba - Idris , Irfan, nama jad - Rosli , jaddah- Aminah, wan- Mansor , paknjang Aziz dan khol Azri ...yang lain dia tak dapat tulis lagi..walaupun huruf yg ditulis ada yg terbalik juga mcm huruf z, tapi kira ok lah....sebab tak rujuk mana-mana pun just tengok mulut umi pronouns those names..well done Iqbal!


Hari ni lepas bangun pagi lepas siap-siap pakai baju sekolah dan nak turun breakfast, Iqbal mengadu pening kepala..Dok baring atas sofa ja..makan dan menonton tv...Irfan ja yang pegi ke sekolah dengan baba berjalan kaki....Rasa tak sihat, tapi dia mau makan juga ..., bagi Calpol ..insyaAllah lepas ni ok lah rasanya..




Saturday, 31 January 2009

Heavy snow in Leeds..one year in Leeds











Snow turun lagi..kali ni lebih tebal berbanding sebelum ni..Bestnya kanak-kanak ni main...mula-mula umi dan baba nak hantar Iqbal dan Irfan ke sekolah,..snow makin lebat turun, nak hantar dengan kereta atau jalan kaki, jalan licin...at last Iqbal dan Irfan main ja kat rumah..ramai kanak-kanak lain tak pegi sekolah..pagi tak mau main sangat, sejuk katanya....













Dah petang, bila baba balik dari universiti barulah nak main puas-puas...Tahun lepas pada tarikh yang sama 2 Februari 2008 kami berangkat dari Malaysia ke Leeds..dan 3 Februari 2008 sampai ke Leeds. Dah cukup setahun di sini, cepat masa berlalu....didoakan semoga baba tabah dan cekal serta tambah bersemangat...cepat-cepatla habis..hehe boleh balik Malaysia..









































Thursday, 29 January 2009

Salam to all...


Bersua semula di 'rumah' baru...dah lama create, tp tak pernah update pun...